Tuesday, August 7

Bantuan dan sumbang diperlukan.

Salam dan selamat sejahtera,

Ingin saya maklumkan disini, pihak alumni amat memerlukan bantuan dan sumbangan dari bekas2 pelajar SMKPP bagi membantu menjalankan beberapa program yang telah dirancangkan. Seperti yang semua sedia maklum, Persatuan Alumni baru sahaja ditubuhkan dan masih lagi diperingkat permulaan untuk membangun. Kerjasama dari rakan2 sekalian sangat diperlukan. Organisasi ini akan kukuh sekiranya kita semua bekerjasama.

Point utama yang saya ingin sampaikan disini ialah, pihak Alumni akan menjalankan program lawatan ke Rumah Kebajikan pada 2 Sept ini. Masalah yang dihadapi adalah "modal" yang diperlukan tidak mencukupi. Oleh itu, kami memikirkan dan (jika terdapat sebarang idea sila kemukakan kepada saya) untuk mengadakan Jualan Amal pada 12,19,26hb Ogos ini.

Jualan Amal yang dimaksudkan ialah dengan menjual barang2 yang tidak digunakan lagi. Seperti jam, baju, barang elekterik, cenderahati dan sebagainya. Konsep jualan berdasarkan "jualan lambak" terbuka. Harganya juga berpatutan dan murah. Hasil jualan ini akan digunakan untuk membayar kos pembelanjaan pengankutan, makanan, sumbangan pada Rumah Kebajikan dan etc.

Kepada sesiapa yang ingin mengikuti program ini, sangat kami bebesar hati untuk menerima penyertaan anda. Jumlah pelajar mentee yang akan mengikuti ini dianggarkan seramai 40 org shj. (dan ianya masih terbuka kepada pelajar2 dan bekas2 pelajar smkpp untuk sama2 menimba pengalaman yang sangat berguna ini.)

Sekian harap maklum.

No comments: